Related Posts with Thumbnails

Pesanan kepada Anak Perempuannya di hari Perkahwinannya..

Labels: | 10 shoppers»

Pesanan Imam Al - Ghazali kepada Anak Perempuannya di hari Perkahwinannya

Anakku:
Engkau sekarang akan brpindah dari rumah tempat engkau dibesarkan..
dan akan berada di tempat tidur yang tidak engkau kenal,
dan rakan hidup yang engkau tidak biasa dengannya,
Itulah suamimu...;

Jadilah engkau sebagai tanah untuknya dan;
ia akan menjadi sebagai langitmu.
Jadilah engkau sebagai kantai untuknya dan
ia dapat kau jadikan tiangmu.
Jadilah dirimu seibarat seorang khadam kepadanya,
nescaya dia pula akan menjadi khadam kepadamu.

Jangan engkau memaksa - maksa apabila engkau meminta sesuatu daripadanya...
Dengan cara yang demikian akan menjadi ia rasa benci padamu,
Jangan pula kau menjauhkan diri,
nescaya ia akan melupakan engkau.
Kalau ia pula menjauhkan diri secara marah,
kerana sesuatu sebab yang tertentu,
maka yang seeloknya,
jauhkan dirimu daripadanya semasa marah..

Peliharalah hidung, telinga dan matanya....
Janganlah membiarkan ia menghidu sesuatu
darimu melainkan yang harum.
Janganlah membiarkan dia mendengar sesuatu
daripadamu melainkan yang baik,
dan janganlah membiarkan dia melihat sesuatu
daripadamu melainkan yang cantik belaka..

p/s: Thanks to Kak Eton for giving such beautiful reminder to us, ur junior staffs :)

10 Responses to "Pesanan kepada Anak Perempuannya di hari Perkahwinannya.." (Leave A Comment)

mama affan says
Thursday, November 5, 2009 at 5:12:00 PM GMT+8

kmm..insaf2..

princess.dHani says
Thursday, November 5, 2009 at 6:43:00 PM GMT+8

hehe.. sangat membuka minda :)

Jasmin Hassan says
Friday, November 6, 2009 at 10:22:00 AM GMT+8

wow... may I please paste it up on my blog... with credit to your blog of course... sedih la baca.

Jasmin Hassan says
Friday, November 6, 2009 at 10:38:00 AM GMT+8

tak jadi.. hehe. link trus o ur blog je. =)

YuNyLoveSYou says
Friday, November 6, 2009 at 11:40:00 AM GMT+8

sgt2 sedih bila baca~ thanks! leh nak copy jugak?? for a reminder to all the girls out there~ hehehe

MamaPatch says
Friday, November 6, 2009 at 12:21:00 PM GMT+8

sgt touching...tiba2 pilu plak! nk copy jgak ye tuan rumah!

princess.dHani says
Friday, November 6, 2009 at 12:25:00 PM GMT+8

sila la... memang d letak untuk dkongsi utk semua :)

SaLiNa says
Tuesday, November 10, 2009 at 9:57:00 AM GMT+8

salam, saya copy jgak nie..thanks berkongsi info..sedih sgt..huhu :)

Rahika HaliM says
Wednesday, December 16, 2009 at 1:17:00 AM GMT+8

nak copy jugak yew tuan punya belog. mintak izin

princess.dHani says
Thursday, December 17, 2009 at 10:09:00 AM GMT+8

boleh... silakaa.. do share with ur frens, ya :)